Dasar Sistem Pengurusan Kualiti.

Kolej Komuniti Kuala Terengganu adalah komited untuk menyampaikan perkhidmatan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada pelajar sepenuh masa berkaitan Pengambilan dan Pendaftaran Pelajar, Pembangunan Pelajar, Penyampaian Pembelajaran dan Pengajaran, Peperiksaan dan Pensijilan serta Pengurusan Latihan Industri yang berkesan dan memenuhi kehendak pihak berkepentingan melalui perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan MS ISO 9001:2015 yang sentiasa ditambahbaik secara berterusan.