PIAGAM PELANGGAN

i. Proses TVET dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan mengikut takwim dan kalender akademik perancangan Pembelajaran dan pengajaran (PdP);

ii. Proses Pendaftaran Pelajar dalam keadaan biasa diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar; 

iii. Memastikan semua pelajar mendapat tempat latihan industri sebelum tarikh lapor diri;

iv. Keputusan peperiksaan dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas peperiksaan akhir tamat; dan

v. Memberi maklumbalas pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.