Pelajar Aktif
540
Pelajar Tamat
10000
Anugerah
50 +
SINOPSIS
Program Servis Kenderaan Ringan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Automotif. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Pengendalian bengkel, pemeriksaan sistem kenderaan, penyelenggaraan sistem penyamanan udara kenderaan dan servis asas kenderaan.
2. Selenggara roda, selenggara sistem stereng, selenggara sistem gantungan dan selenggara sistem brek.
3. Rombak rawat sistem klac, rombak rawat transmisi manual, rombak rawat transmisi automatik dan rombak rawat unit pacuan akhir.
4. Analisa kerosakan enjin, penyelenggaraan sistem elektrik enjin, penyelenggaraan sistem pengurusan enjin dan merombak rawat enjin.
Program Sijil Teknologi Elektrik adalah merupakan program yang digubal bagi memastikan pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang elektrik. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja berpeluang mendapatkan pengetahuan teori tetapi juga latihan amali.
Terdapat 4 modul bagi program iaitu Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal, Pemasangan Elektrik Tiga Fasa, Pemasangan dan Kawalan Mesin Elektrik dan Pemasangan Elektrik Industri.
Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada bidang teknologi pembinaan selari dengan perkembangan teknologi terkini. Pelajar diberi peluang menerokai kerjaya di dalam bidang teknologi pembinaan bangunan. Program ini mendedahkan pelajar tentang pengetahuan teori dan amali dengan mempraktikkan konsep teknologi pembinaan.
Kursus ini mendedahkan dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran:-
1. Menghasilkan lukisan kerja senibina yang menepati kehendak UndangUndang Kecil Bangunan Seragam dan Pihak Berkuasa Tempatan,
2. Menghasilkan lukisan persembahan senibina,
3. Menghasilkan model bangunan bagi tujuan persembahan, dan
4. Menghasilkan model 3D bangunan (BIM)..
Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada bidang teknologi pembinaan selari dengan perkembangan teknologi terkini. Pelajar diberi peluang menerokai kerjaya di dalam bidang teknologi pembinaan bangunan. Program ini mendedahkan pelajar tentang pengetahuan teori dan amali dengan mempraktikkan konsep teknologi pembinaan..
Program Fesyen dan Pakaian adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang pembuatan pakaian. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan:
1. Menunjukkan kefahaman pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang fesyen dan pakaian.
2. Menghasilkan rekaan pakaian yang kreatif dan inovatif.
3. Berkebolehan menghasilkan pakaian wanita dan lelaki mengikut teknik yang betul.
4. Mempelajari dan menggunakan pelbagai teknik hiasan pakaian yang terdapat dalam sulaman
5. Mengetahui perkembangan evolusi fesyen dalam seni warisan.
6. Berkebolehan untuk menghasilkan jahitan pakaian yang kemas dan berkualiti.
7. Mengaplikasikan ciri- ciri keusahawanan di dalam bidang fesyen dan pakaian.
8. Mempraktikkan kaedah dan teknik dengan betul dan tertib bagi melaksanakan tugasan-tugasan yang berkaitan.
Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada bidang jahitan kepada pelajar-pelajar yang menngalami dalam masalah pembelajaran.