SEJARAH PENUBUHAN KOLEJ KOMUNITI

Fungsi Kolej Komuniti

Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No. 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej ini akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 termasuklah Kolej Komuniti Kuala Terengganu dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Lebih banyak Kolej Komuniti sedang dirancang pembinaannya secara berfasa dalam RMK 9.

Sejarah Kolej Komuniti Kuala Terengganu

KKKT mempunyai 12  unit rumah kedai 3 1/4 tingkat telah menelan kos pembelian sebanyak RM 10.7 juta dari Shatiara Sdn. Bhd pada 10.5.2001 .

Jun 2001
Mula beroperasi di bangunan sendiri dengan  pengambilan pelajar  sulong Sijil Automotif dan Sijil Pelukis Pelan. Pelajar SAU dengan menumpang bengkel Hubungan Raya.

Disember 2001
Pengambilan pelajar sulong Sijil Fesyen dan Pakaian, Sijil Teknologi Elektrik dan Sijil Teknologi Pembinaan, Pelajar SAU telah menumpang bengkel Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu.

1 Disember 2006
Penyewaan 4 unit rumah kedai di Chendering untuk Sijil Automotif bagi bengkel dan bilik kuliah

Sesi Julai 2014
Pengambilan 10 pelajar bagi Program Khas Sijil Jahitan Kretif

Jun 2015
Program yang ada sekarang Sijil Automotif, Sijil Pelukis Pelan, Sijil Teknologi Elektrik, Sijil Teknologi Pembinaan, Sijil Fesyen dan Pakaian dan Sijil Jahitan Kretif