PENGENALAN

Program pengajian tahap sijil bidang teknologi elektrik dan elektronik Kolej Komuniti,
Kementerian Pendidikan Tinggi merupakan program yang menerapkan pengetahuan dan
kemahiran praktikal dalam perkhidmatan teknikal yang merangkumi pemasangan,
pengujian dan penyelenggaraan. Program sijil bidang teknologi elektrik dan elektronik Kolej
Komuniti dibangunkan secara komprehensif yang terdiri daripada kursus matematik, sains,
teknologi elektrik dan elektronik, keperluan kompetensi di tempat kerja dan pembangunan
sahsiah. Graduan sijil bidang teknologi elektrik dan elektronik akan dilengkapi dengan
pengetahuan dan kemahiran khusus termasuk aplikasi teknologi hijau dan kecekapan tenaga,
teknologi komputer dan komunikasi serta aplikasi automasi selaras dengan perkembangan
industri masa kini. Sijil bidang teknologi elektrik dan elektronik adalah program sepenuh
masa dua tahun yang terdiri daripada tiga semester kursus dan satu semester penuh latihan
industri.

 

SINOPSIS

Program Sijil Teknologi Elektrik direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada
teknologi elektrik pada masa kini. Pelajar akan memperolehi pengetahuan dan latihan
kemahiran berkaitan elektrik dan elektronik. Pelajar berkemampuan untuk mengendalikan
kerja-kerja pemasangan dan perkhidmatan berkaitan industri elektrik dan elektronik.
Program ini menawarkan kursus teras Litar Elektrik, Alat Pengukuran, Peranti
Semikonduktor, Sistem Digit, Lukisan Terbantu Komputer, Motor Elektrik Satu Fasa,
Pemasangan Elektrik Satu Fasa, Motor Elektrik Tiga Fasa, Pemasangan Elektrik Tiga Fasa,
Pengawal Logik Boleh Aturcara, Sistem Automasi Bangunan, serta kursus Sistem Keselamatan
dan Penyamanan Udara. Selain itu, kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga
ditawarkan sebagai teras umum selain Matematik dan Sains.
Pelajar juga akan didedahkan dengan elemen soft skills melalui kursus wajib yang menerapkan
kemahiran insaniah dan pembelajaran kendiri melalui tugasan serta projek. Di samping itu,
lulusan daripada program ini juga akan mempelajari teknousahawan sebagai nilai tambah bagi
menyahut cabaran dunia sebenar keusahawanan dalam bidang elektrik dan elektronik.

 

PROSPEK KERJAYA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi elektrik
yang boleh menepati keperluan kerjaya seperti berikut:
a. Juruteknik Elektrik / Elektronik
b. Penolong Juruteknik Elektrik / Elektronik
c. Juruelektrik
d. Penyelia Tapak

 

Mulakan langkah juara anda bersama kami!

Program Sijil Teknologi Elektrik merupakan salah satu program yang terdapat di Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Pelbagai kejayaan telah dimenangi oleh program ini dan terbukti menjadi pemain Tvet yang berkualiti.

Jom Masuk Kolej Komuniti Kuala Terengganu!

Kolej Komuniti Peneraju Tvet yang unggul.
Segala pertanyaan boleh whatsapp kami di talian www.wasap.my/601156560609/ atau telefon di 09-6204200.