Budaya Korporat Kolej Komuniti Kuala Terengganu

Konsep budaya korporat sebenarnya adalah ditunjukkan dengan jelas melalui bagaimana sesuatu kerja dalam sesebuah organisasi itu harus dilaksanakan dan dinilai. Di samping itu, budaya korporat juga melibatkan jalinan hubungan para pekerja, baik di peringkat dalaman mahupun di peringkat luaran pada sesebuah organisasi. Oleh itu, konsep budaya korporat adalah juga dilihat melalui bentuk hubungan sesama pekerja dalam sesebuah organisasi serta hubungan dengan pihak lain yang berkaitan seperti pelanggan, pembekal atau agensi kerajaan yang lain.