PENGENALAN

Unit  Penyelidikan, Inovasi dan Komersil (UPIK) diwujudkan dalam sistem  Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komunti (JPPKK) , Kementerian Pendidikan Tinggi bertujuan  memperkasa dan membudayakan penyelidikan di Kolej Komuniti Kuala Terengganu. UPIK memainkan peranan penting sebagai pusat  penyelarasan aktiviti penyelidikan, inovasi dan komersial dalam kalangan pensyarah dan stafnya.  UPIK juga berperanan menjadi pusat pengumpulan dan rujukan  bahan penulisan  ilmiah,  bahan inovasi dan bahan penyelidikan peringkat institusi, zon, kebangsaan dan antarabangsa.

 

MATLAMAT

Matlamat Unit ini adalah untuk merencana, merancang aktiviti dan menggalakkan inovasi dikalangan pelajar dan staf, kajian, penyelidikan serta penerbitan penulisan di berbagai peringkat. Matlamat utama adalah untuk membolehkan pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti Selayang boleh menghasilkan bahan-bahan ilmiah sesuai dengan tugas sebagai pendidik.

 

OBJEKTIF

Antara objektif Unit ini adalah:

  • Memastikan hala tuju proses penyelidikan di Institusi tercapai 
  • Mengeluarkan penerbitan penulisan ilmiah 
  • Mejalankan kursus-kursus berkaitan penyelidikan
  • Menggalakkan pembangunan dan perkembangan diri di kalangan staf dan juga pelajar
  • Menerapkan budaya inovasi dikalangan pelajar
  • Melahirkan pensyarah/pelajar yang berinovasi dan mempunyai kemahiran mencipta
  • Menjalankan penyelidikan bagi keadah P&P yang lebih berinovasi
  • Menerapkan dan membudayakan ciri-ciri penyelidikan serta inovasi dan menanamkan nilai-nilai positif dalam diri pensyarah serta pelajar secara berterusan